Sabtu, 4 Julai 2009

SALAM BULAN REJAB...

Rabu, 1 Julai 2009

ANAK-ANAK PERMATA HATI..

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah..."puan jangan risau..ujian darah dan air kencing baby semuanya normal" itulah kata-kata doktor mengakhiri pertemuan temujanji dengan doktor di bahagian padriatik..Nuha dah disahkan normal dari demam kuning...erm... bolehlah aku sambung makan jamu..hari tue aku terpaksa mengurangkan pengambilannya krn takut baby panas...pejam celik..lagi tinggal 6 hari je lagi aku akan habis berpantang selama 44hari..dan selama 44 hari tuelah aku kena bertungku setiap pagi dan petang...dan orang yang paling setia membakar tungku untuk aku ialah suamiku yg tersayang.. aku cuma bakar 3x je kalau tak silap..itupun sebab suamiku ada hal di luar..dia memng akan berleter kalau tahu aku tak bertungku..aku tahu bertungku nie pun bila aku berpantang anak yang pertama dirumah mak mertua...kalau ikut adat orang jawa..tak ada bertungku..berurut dan berbengkung je..tapi bestnya bertungku nie..badan rasa hangat sentiasa..hilang rasa lenguh2 badan.. ditambah lagi dengan bau aroma dari daun mengkudu atau daun seringan yang dibuat untuk lapik bertungku.. bab berbengkung pulak..aku dah cuba pakai bengkung yang lilit panjang tue..memang menyusahkan..kemudian aku cuba pulak bengkung yang mudah sikit..lilit kut depan je..tapi itupun menyusahkan bila nak duduk..akhirnya aku ambil keputusan memakai bengkung korset je..itu lebih mudah dan selesa di pakai dalam apa jua keadaan....dan kita bebas untuk bergerak..
maklumlah dah moden nie..ianya lebih fleksibel dan kita sebenarnya banyak pilihan... erm..itu pandangan aku..tak tahulah orang lain macamn pulak..apapun...syukurlah aku dapat harungi tempoh berpantang nie dengan baik...dan semua ini adalah kerana PERMATA HATIKU...

Khamis, 25 Jun 2009

TEMPOH BERPANTANG..

Alhamdulilah aku telah pun melalui hampir separuh tempoh masa berpantang anak yang kedua...rasa dah tak sabar nak habis masa berpantang. syukur juga malam nie aku dapat tengok blog yang baru aku buat malam semalam bersama suami... sebenarnya aku baru je belajar buat blog masa kursus ladap kat sekolah seminggu sebelum aku bersalin...ni baru berkesempatan untuk buat...itupun selepas bermeseg dengan Hairin..dia bagi alamt blog i-match dan masukkan gambar anak2ku dalam tu..dan bila aku tengok sahabat2 lama masa kat um pun ada blog sendiri..jadi aku pun rasa nak buat jugalah... sekurang-kurangnya dapat juga berhubung dan bertukar2 pandngan dan ilmu serta mengikat tali silaturrahim yang telah terputus sejak aku melangkah dari alam kampus yang sememangnya terlalu banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan...

Rabu, 24 Jun 2009

AHLAN WA SAHLAN ILA MY BLOG...

Selamat datang ke blog saya yang tidak seberapa cantik tetapi menawan ini...